....................................................................................WELCOME TO MY BLOG..................................................................................................yuzman06.blogspot.com..............................................................................................................

Monday, January 7, 2008

ILmU iT

KOMPUTER


-
Komputer ialah sebarang peralatan/mesin/alat yang digunakan untuk memproses maklumat/informasi berpandukan kepada prosedur/arahan yang ditetapkan.
-
Takrifan asal Komputer, seperti yang disebut di atas, hanya merangkumi peralatan khusus yang boleh mengira(compute) satu fungsi(single tasking) atau berbilang fungsi(multi tasking) yang terhad. Sekiranya mengambil kira Komputer moden, salah satu ciri-ciri yang membezakannya dengan komputer awal ialah: sekiranya dimasukkan dengan perisian-perisian(software) yang sesuai, komputer moden berkemampuan untuk meniru (emulate) sebarang pengiraan. Namun kemampuan ini dibatasi oleh kapasiti muatan storan(hard disk) , memori (ram) serta kelajuan pemprosesan (processor). Dalam erti kata lain, kemampuan ini boleh diguna sebagai ujian untuk membezakan komputer "serba-guna" dengan komputer awal yang hanya khusus untuk kerja-kerja tertentu. Komputer juga boleh definisikan sebagai satu sistem yang mengendalikan simbol-simbol elektronik dengan cepat dan tepat dan direka khas untuk menerima, memproses, menyimpan dan mengeluarkan hasil(output)
-
-
KESELAMATAN DALAM RANGKAIAN
-
Istilah
-
Istilah-istilah yang berkaitan:
  • Penggodam (hacker) boleh membawa maksud seseorang yang mahir dalam bidang komputer; namun media massa selalu menyamakan "penggodam" dengan "penggodam topi hitam".
  • Topi hitam (black hat): seseorang yang mensubversi keselamatan komputer tanpa izin atau menggunakan teknologi (biasanya sebuah komputer ataupun internet) untuk tujuan keganasan, vandalisme, penipuan kad kredit, pencurian identiti, pencurian hak milik intelektual, dan sebagainya. Ini juga bermakna mengambil alih kawalan komputer lain melalui sebuah rangkaian, atau perekahan perisian (software cracking).
  • Topi kelabu (grey hat): Penggodam yang etikanya tidak jelas atau di batasan undang-undang, seringkali mengaku terang-terang.
  • Topi putih (white hat): Penggodam beretika yang memecah keselamatan tetapi untuk tujuan altruistik ataupun sekurang-kurangnya tidak berniat jahat. Topi putih biasanya mempunyai etika yang jelas, dan selalu berusaha untuk bekerja dengan pengilang atau pemilik untuk memperbaiki kelemahan yang dijumpai, walaupun banyak yang mengancam sama ada tersirat atau jelas untuk memaklumkan kepada awam selepas tempoh "sesuai" untuk memastikan respons yang kena pada waktunya. Istilah ini juga digunakan untuk penggodam yang mereka dan mengekod sistem yang lebih selamat.
Perekah/Penggertak (cracker):


  • Topi hitam. Sering digunakan untuk membezakan penggodam topi hitam dengan penggodam lain.
    Penggodam komputer yang menggunakan perekahan kata laluan atau serangan kuasa keras. Berkait denga istilah pemecah peti besi.

  • Perekah perisian. Orang yang mengkhusus dalam mengatasi mekanisma perlindungan penyalinan perisian. Tidak mengeksploit rangkaian, cuma perisian.
  • Budak skrip (script kiddie): Penceroboh komputer yang tidak begitu mahir; seseorang yang sekadar mengikut arahan ataupun menggunakan teknik buku resepi tanpa memahami langkah yang dibuatnya.
  • Hacktivis merupakan penggodam aktivis yang menggunakan teknologi untuk mengumumkan pesanan politik. Perlu dicatat bahawa vandalisme web bukan semestinya hacktivisme.

Alat keselamatan

  • Dinding api (rangkaian). Dalam pengkomputeran, dinding api merupakan sejenis perkakasan dan/atau perisian dalam persekitaran rangkaian yang berfungsi untuk menghalang komunikasi yang dilarang oleh polisi keselamatan, serupa dengan fungsi dinding api atau pengadang bahang dalam pembinaan bangunan.
  • Sistem pengesanan pencerobohan (IDS) umumnya mengesan manipulasi yang tidak dikehendaki kepada sistem. Manipulasi tersebut boleh jadi serangan oleh penggodam berniat jahat yang mahir, ataupun cuma budak skrip yang menggunakan program automatik.
  • Perisian antivirus merupakan program komputer yang cuba mengenal pasti, mencegah dan menghapuskan virus komputer dan perisian jahat (malware) lain.
  • Penyulitan digunakan untuk melindungi mesej pengguna dari orang lain. Terdapat banyak cara yang boleh digunakan seperti menukar letak aksara, menggantikan aksara, ataupun membuang aksara dari mesej. Cara-cara ini perlu digabungkan untuk menjadikan penyulitan tersebut lebih selamat, iaitu sukar untuk direkah.

  • Keizinan mengehadkan capaian ke komputer kepada sekumpulan pengguna melalui penggunaan sistem pengesahan. Sistem ini boleh melindungi sama ada keseluruhan komputer – seperti melalui skrin log masuk interaktif – atau perkhidmatan individu, seperti pelayan FTP.

  • Alat pengimbas kerentanan dan pengimbas port boleh digunakan dengan cepat untuk memeriksa komputer pada rangkaian terhadap kelemahan yang diketahui dan port yang boleh digunakan untuk mencapai komputer tersebut.

----------------------------------------------------------------------------

SuRat CiNTa LaWAk

Assalamualaikum,
Sayang, dlm kesuraman ultra lembayung tika 7
bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit
kirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika
nostalgia cinta lama yg kita palitkan berdua.
Kehadiranmu berama molekul-molekul hidrogen
menerjang segala kekusutan yg membelit tali
perutku. Dan kehadiranmu itu mengajarku erti
rindu gelora dan syahdu. Kau yg mengajarku erti
cinta, singa laut, beruang kutub, penguin,
kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak
pensil, tali kasut, selipar jepun, pasu bunga dan
yg menarik kura-kura yg pandai panjat pokok. Kala
itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku
bagaikan Kurt Cobain dan Courtney LOve yg tidak
dpt dipisahkan.
Malangnya percintaan yg mendapat liputan meluas
hingga ke Planet Ziku itu telah mengundang
kekecewaan seluruh penternak lipan di Burma. Kau
pergi jauh ketika KL sedang bersiap sedia utk
menjadi tuan rumah Olimpik.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca drpd
penebangan pokok secara besar-besaran di Lembah
Klang.
Pemergianmu menyebabkan aku menghidapi penyakit
jiwa raga-raga dan Hepatitis C secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksaku memakai topi keledar
setiap masa sbg langkah keselamatan. Aku seperti
tidak percaya dgn apa yg telah terjadi.
Aku bagaikan tergelincir dr orbit bumi dan
terpelanting di ruang angkasa, apabila daya
tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi
setelah tersungkur dlm percintaan yg berlarutan
hingga ke rubber set. Seluruh perjalanan hidupku
menjadi gelap gulita bagaikan terperangkap di
dlm gua yg gelap dan ditemani stalagtit dan
stalagmit yg bagai sembilu. Kondominium cinta yg
kita bina dr mangkat basikal dan kipas helikopter
akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah.
Ternyata sikapmu mulai berubah apabila Malaysia
mula melancarkan Tahun Melawat Sabah.
Sejak itu kau sering melarikan diri bila
terserempak dgnku.
Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak
diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku menyendiri berbual dgn
pokok betik bagi mengisi masa lapang.
Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada
tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari
aku termenung di dlm peti sejuk mengenangkan
dirimu yg entah ke mana hilangnya.
Aku cuba bermain hoki sambil mkn mee hailam utk
melupakan dirimu..tetapi aku tak berdaya. Lalu
aku membakar mesin basuh dan membelasah 4 ekor
itik serati jiran sebelah sbg tanda aku tidak
bersalah.
Mengapa?Mengapa sayang? Mengapa ini semua
terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau
rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga
aku terbunuh dlm kemalangan cinta yg ngeri. Aku
bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni
batu yg kau timpakan di atas belakangku. Derita
yg aku tanggung bagaikan menanggung mendukung
2000 ekor biawak dan 25 ekor kura-kura. Dan kini
segala harapan hancur berkecai bagaikan aku
terjatuh dr Menara KL. Dan dihempap oleh Menara
Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT
dan kemudiannya digilis pula oleh keretapi
komuter hingga aku hancur berkecai.
Oh! Terlalu hebat hebat dugaan yg kutempuhi
ini. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa
yg suka mkn mee segera. Aku bukan MacGyver,
McDonald, Superman, atau Kesatria Baja Hitam dan
aku juga bukan Ultraman seperti yg kau idamkan.
Malah ...Pedang Setiawan pun tiada ku miliki.
Aku sedar kekurangan yg ada pada diri ini dan
kekurangan kemudahan awan di tmptku. Tak perlulah
dikesali lagi kerana nasi sudah jadi capati dan
tin sardin yg ku genggam telah pun luput
tarikhnya.
Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah
pemberianmu termasuk enjin kapal selam telahpun
aku cincang utk dijadikan makanan lembu.
Walaupun segalanya telah berakhir, di sini, di
atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau
kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada
Kompleks Centre Point, selagi ada kedai kasut dan
selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan
Korn dan Metallica tidak berpecah, aku tetap
menunggumu sehingga matahari terbelah 8.
Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah
sia-sia belaka. Akhhirnya aku mengambil keputusan
muktamad utk menunggu tiang eletrik di hadapan
rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah
nanti, aku poskan buahnya kepadamu..nak tak?

------------------------------------------------------------------------------

-

Bahaya kawin programmer

Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found...

Isteri : Abang ni memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied...

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters...

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use ... Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. "

2 comments:

Mohammad Firdaus said...

Adakah ilmu ini semua btol!!!

mn ang amek nie abg man oi...

haha jgn marah ya!!

Unknown said...

am not gay, although I wish I were, just to piss off homophobes. ~ Kurt Cobain Quotes